Rabu, 26 Jun 2013

Seminit Boleh Dapat Pahala Besar


Apa yang boleh anda lakukan dalam masa 1 MINIT?

Dalam 1 minit, anda mampu melakukan salah satu daripada perkara-perkara menakjubkan di bawah.

Anda boleh mengkhatamkan al-Quran sebanyak 5 kali dengan membaca Surah al-Ikhlas sebanyak 15 kali.


“Demi Dzat yang menguasai diriku, sesungguhnya nilai surah al-Ikhlas sama dengan sepertiga al-Qur’an.” (HR. al-Bukhari)

Atau 

anda boleh membaca Surah al-Fatihah sebanyak 5 kali.

“Hendakkah aku  ajar kamu satu surah yang merupakan surah teragung dalam al-Quran? Iaitu ‘Alhamdulillahi rabbi alamîn’. Inilah tujuh surah yang berulang-ulang berserta al-Quran agung yang kau terima.”(HR. al-Bukhari)
Atau 

anda boleh berselawat ke atas nabi sebanyak 20 kali, di mana bacaan itu membolehkan anda mendapat selawat dari Allah sebanyak 200 kali.

Atau 

anda boleh membaca kalimah “Subhanallah wa bihamdih” sebanyak 100 kali.

“Sesiapa yang berzikir (seperti di atas) sebanyak 100 kali pada setiap hari, berguguranlah dosa-dosanya meskipun sebanyak buih di lautan.” (HR. al-Bukhari dan Muslim)

Atau 

anda boleh membaca kalimah “Subhanallah wa bihamdihi, Subhanallah al-azhîm”sebanyak 50 kali.

Rasulullah pernah bersabda, “Dua kalimah yang ringan di lisan dan berat di timbangan, dan dua-duanya disenangi oleh Allah, iaitu kalimah ‘Subhanallah wa bihamdihi, Subhanallah al-azhîm’.” (HR. al-Bukhari dan Muslim)

Atau 

anda boleh membaca kalimah “Subhanallah wa bihamdihi ‘adada khalqihi wa ridha nafsihi wa zinata’ arsyihi wa midada kalimâtihi” sebanyak 10 kali.

Atau 

anda boleh membaca kalimah “Astaghfirullah al-azhim” sebanyak  70 kali.

“Barangsiapa yang senantiasa beristighfar nescaya Allah akan menjadikan baginya kelapangan dari segala kegundahan yang menderanya, jalan keluar dari segala kesempitan yang dihadapinya dan Allah memberinya rezeki dari arah yang tidak ia sangka-sangka.” (HR. Abu Daud)

Atau 

anda boleh membaca kalimah “Lâ ilâha illa Allah wahdahu la syarikalah lahu al-mulk wa lahu al-hamd wa huwa ala kulli syai qadir” sebanyak 20 kali.

“Barang siapa yang membaca kalimah ‘Lâ ilâha illa Allah wahdahu la syarikalah lahu al-mulk wa lahu al-hamd wa huwa ala kulli syai qadir’ sebanyak 10 kali, maka dia seperti seseorang yang telah memerdekakan 4 jiwa dari seorang anak seperti Nabi Ismail. “(HR. al-Bukhari dan Muslim)

Atau 

anda boleh membaca kalimah “La haula wa la quwata illa billahi” sebanyak 40 kali.
“Tidakkah kamu ingin aku beritahu tentang harta simpanan di antara harta simpanan yang terdapat di syurga? Bacalah kalimah ‘La haula wa la quwwata illa billahi ‘. ​​”(HR. al-Bukhari dan Muslim)
Atau 

anda boleh membaca sehelai halaman al-Quran.Atau anda boleh membaca 2 helai halaman daripada majalah yang bermanfaat.

 Ibnu Qayyim al-Jauzi pernah berkata kepada anaknya, “Ketahuilah wahai anakku, sesungguhnya hari termasuk jam, dan setiap jam termasuk hembusan nafas, dan setiap hembusan nafas adalah bekal. Maka dari itu, berhati-hatilah. Jangan sampai saat menghembuskan nafas tidak melakukan hal-hal yang bermanfaat. Maka pada hari kiamat kamu akan menyaksikan dirimu hanya sebuah tempat yang kosong dan kamu akan menyesal.

Selasa, 25 Jun 2013

Solat Dalam Keadaan Masbuk


Rasulullah s.a.w telah bersabda yang maksudnya:
Apabila dibacakan iqamat sembahyang, janganlah kamu semua tergesa-gesa pergi untuk menunaikan sembahyang, tetapi hendaklah berjalan dengan baik dan tertib, hendaklah kamu semua bersifat tenang. Tunaikanlah sembahyang mengikut rakaat yang kamu sempat mengikuti imam dan apabila imam memberi salam, maka hendaklah kamu menyempurnakan mana-mana rakaat yang tertinggal.

Huraian Hadith:  
 1. Apabila iqamat sembahyang dibacakan, janganlah kita tergesa-gesa (berlari-lari anak) ke masjid, tetapi hendaklah berjalan dengan tenang dan sopan.

2. Jika terlambat sedikit, ikutilah sembahyang berjamaah bersama imam dengan mengikut rakaat yang sempat.

3. Hikmah bersifat tenang dan tidak tergopoh-gapah adalah untuk memberi keselesaan semasa sembahyang iaitu agar sembahyang yang dikerjakan tidak dalam keadaan tercungap-cungap sehingga bacaan menjadi tidak sempurna.

4. Semasa mengerjakan sembahyang, kita bukan sahaja dikehendaki mementingkan suasana yang tenang tetapi jiwa dan fizikal juga mesti tenang agar sembahyang dapat dilakukan dengan penuh khusyuk dan tawaddhuk. 
Daripada riwayat  al-Bukhari & Muslim

Isnin, 24 Jun 2013

Blog Surau TASEGA Terbitan Pertama Jatuh Pada Hari Nisfu Sya’ban 24 Jun, 2013

Nisfu Sya`ban

1. Dari Saidina Ali ra: Baginda Rasulullah SAW maksudnya:
Apabila datang malam Nisfu Sya’ban maka beribadahlah di malamnya dan puasalah di siang harinya sesungguhnya Allah menurunkan rahmatNya dan para Malaikatnya pada malam itu dan berkata siapa yang minta rezeki ku beri, siapa meminta keselamatan aku pelihara, siapa yang hendak sesuatu maka akan ku kabulkan sampai terbit fajar.
2. Dari Muaz bin Jabal, bersabda baginda Rasulullahu SAW maksudnya:
Pada malam Nisfu Sya’ban menurunkan Allah akan RahmatNya dan para malaikatnya maka mengampuni Allah akan dosa-dosa hambanya.
Diriwayatkan bahawa pemindahan semua perkara dari lau mahfuz pada malam Nisfu Sya’ban dan selesai pada malam Lailatul Qadar di serahkan urusan rezeki pada malaikat Mikail urusan perang/gempa/bencana pada malaikat Jibril , urusan amal pada Malaikat penghulu langit dunia dan urusan musibah pada malaikat maut.
3. Daripada Saidatina Aisyah  ra berkata:
Malam Nisfu Sya’ban aku terbagun dan Rasulullah SAW tidak ada di sampingku maka aku cari dan ternyata baginda ada di pekuburan sambil memandang ke langit kemudian berkata sungguh Allah menurunkan rahmatNya dan MalaikatNya ke langit dunia pada malam Nisfu Sya’ban dan mengampuni dosa hambanya 

4. Daripada Saidatina Aisyah  ra berkata:
Rasulullah SAW berdiri sembahyang dan kemudian sujud sangat lama sehingga aku menyangka beginda telah wafat. Was – was aku melihat sedemikian maka aku gerak-gerakan hujung kaki beliau maka bergeraklah.  Kemudian aku kembali ke rumah dan ketika beginda selesai dari sembahyang,  Baginda datang dan berkata: ” tahukah kamu malam apakah ini? 

Berkata Saidatina Aisyah  ra: Allah dan Rasulnya yang lebih tahu.
Berkata Rasulullah SAW : Malam ini adalah malam Nisfu Sya’ban sesungguhnya Allah swt memandang dan mengampuni hamba-hambaNya pada malam ini.
5. Dari Naufal Al Bakali bahawasanya:
Saidina Ali ra keluar rumah pada malam Nisfu Sya’ban dan memandang kelangit sambil berkata keluar pada malam Nisfu Sya’ban nabiullah Daud alaihissalam dan memandang kelangit dan berkata ‘Ya Allah sesungguhnya malam ini adalah malam mustajab do’a tidak berdo’a seseorang melainkan Engkau kabulkan’
6. Diriwayatkan dari Ka’ab Al Ahbar berkata: 
Sesungguhnya Allah Mengutus malaikat Jibril pada malam Nisfu Sya’ban ke syurga dan memerintahkan  dihiaskan syurga.  Allah melepaskan dari api neraka pada malam ini hambanya sebanyak bilangan bintang di langit, sebilangan hari dan malam di dunia, sebilangan daun-daun pepohonan, seberat gunung-gunung dan sebilangan pasir-pasir.

7. Pada malam Nisfu Sya’ban Allah menambahkan air Zam Zam.
Faedah amalan pada Nisfu Sya’ban
Disunatkan menghidupkan dan menghidupkan malam Nisfu Sya’ban dengan beribadah seperti sembahyang sunat tasbih, Baca Alquran, Berzikir, Selawat, dan Berdoa dengan niat:
1. Panjang umur sihat wal’afiat dalam taat dan ibadah kepada Allah.
2. Selamat dari pada musibah, bala, penyakit, wabak penyakit.
3. Minta rezeki yang halal dan kaya hati dari sekalian makhluk dan mati dalam keadaan husnul khatimah baik kesudahan.
4. Dan sekurang-kurangnya pada malam Nisfu Sya’ban beribadah dengan mengerjakan Solat Isyak berjamaah dan Solat Subuh berjamaah.

Ya Allah,Ya Rahman,Ya Rahim..
Jika Engkau takdirkan panjang usiaku
Tetapkanlah aku di jalanMu
Agar aku istiqamah menjejaki keredhaanMu
Teguh menjalankan perintahMu,tunduk pada ketentuanMu.
Jadikanlah diri ini orang yang selalu menjauhi laranganMu.
Agar tidak sia-sia sisa umurku berlalu…
Amin.