surau taman seri gaya
Ahad, 5 Julai 2020
Selasa, 9 Julai 2013
Mendapat Pahala Puasa Yang Sempurna
Bagaimana caranya untuk mendapat pahala puasa yang sempurna?
Nabi s.a.w. bersabda dalam satu hadisnya; “Sesiapa yang tidak meninggalkan kata-kata dusta dan melakukan pendustaan, maka bagi Allah tidak ada keperluan dalam ia meninggalkan makan dan minumnya (yakni Allah tidak berhajat kepada puasanya)” (Riwayat Imam Bukhari, Abu Daud, at-Tirmizi dan lain-lain dari Abu Hurairah r.a.).
Hadis di atas menjelaskan kepada kita bahawa puasa yang sebenar bukanlah hanya puasa zahir sahaja (iaitu dengan menegah diri dari makan, minum, bersetubuh dan sebagainya) tetapi juga berpuasa batin iaitu dengan menegah diri dari maksiat dan dosa. Seorang yang berpuasa di samping menjaga diri dari makan, minum dan sebagainya, ia juga mesti menjaga anggota-anggotanya dari dosa dan maksiat. Jika tidak ia tidak akan mencapai kesempurnaan puasa sebagaimana yang dikehendaki Allah.
Bagi menjelaskan lagi tuntutan puasa batin ini, Imam al-Ghazali membahagikan darjat puasa manusia kepada tiga bahagian;
1. Puasa umum: iaitu berpuasa dengan menahan perut dan faraj (kemaluan) dari menikmati keinginannya (makan, minum dan sebagainya).
2. Puasa khusus: iaitu berpuasa yang disertakan dengan menjaga pendengaran, penglihatan, lidah, tangan, kaki dan seluruh anggota dari melakukan yang haram atau dosa.
3. Puasa khususul khusus (paling khusus): iaitu berpuasa dengan menyertakan semua yang tersebut di atas dan menambah lagi dengan berpuasa hati dari segala cita-cita yang kotor dan pemikiran-pemikiran keduniaan dan memesongkan perhatian dari selain Allah sama sekali.
Nabi s.a.w. bersabda dalam satu hadisnya; “Sesiapa yang tidak meninggalkan kata-kata dusta dan melakukan pendustaan, maka bagi Allah tidak ada keperluan dalam ia meninggalkan makan dan minumnya (yakni Allah tidak berhajat kepada puasanya)” (Riwayat Imam Bukhari, Abu Daud, at-Tirmizi dan lain-lain dari Abu Hurairah r.a.).
Hadis di atas menjelaskan kepada kita bahawa puasa yang sebenar bukanlah hanya puasa zahir sahaja (iaitu dengan menegah diri dari makan, minum, bersetubuh dan sebagainya) tetapi juga berpuasa batin iaitu dengan menegah diri dari maksiat dan dosa. Seorang yang berpuasa di samping menjaga diri dari makan, minum dan sebagainya, ia juga mesti menjaga anggota-anggotanya dari dosa dan maksiat. Jika tidak ia tidak akan mencapai kesempurnaan puasa sebagaimana yang dikehendaki Allah.
Bagi menjelaskan lagi tuntutan puasa batin ini, Imam al-Ghazali membahagikan darjat puasa manusia kepada tiga bahagian;
1. Puasa umum: iaitu berpuasa dengan menahan perut dan faraj (kemaluan) dari menikmati keinginannya (makan, minum dan sebagainya).
2. Puasa khusus: iaitu berpuasa yang disertakan dengan menjaga pendengaran, penglihatan, lidah, tangan, kaki dan seluruh anggota dari melakukan yang haram atau dosa.
3. Puasa khususul khusus (paling khusus): iaitu berpuasa dengan menyertakan semua yang tersebut di atas dan menambah lagi dengan berpuasa hati dari segala cita-cita yang kotor dan pemikiran-pemikiran keduniaan dan memesongkan perhatian dari selain Allah sama sekali.
Matlamat Puasa Di Bulan Ramadan
"Wahai
orang-orang yang beriman, telah diwajibkan ke atas kamu berpuasa sebagaimana
telah diwajibkan ke atas umat-umat sebelum kamu, moga kamu menjadi orang yang TAQWA."
(Al Baqarah: 183)
Matlamat puasa ialah TAQWA.
1. Erti taqwa secara mudah ialah menyucikan hati daripada dosa sehingga menguatkan azam untuk meninggalkan dosa dan seterusnya memelihara diri daripada segala maksiat. Melaksanakan suruhan Allah dan meninggalkan larangan Allah.
2. Taqwa itu berkaitan dengan sikap kepatuhan seseorang terhadap perintah Allah dan RasulNya, baik perintah itu berupa suruhan atau larangan.
3. Secara ringkas orang yang bertaqwa ialah orang yang menjunjung dan patuh kepada semua perintah Allah.
Allah
berfirman maksudnya "Yang paling mulia di antara kamu di sisi Allah ialah
yang paling taqwa." (Al-Hujurat : 13)
4. Menurut Imam al-Ghazali rahimahullah, kalimah taqwa yang terdapat di dalam al-Quran al-Karim membawa tiga makna:
4. Menurut Imam al-Ghazali rahimahullah, kalimah taqwa yang terdapat di dalam al-Quran al-Karim membawa tiga makna:
- Pertama, bermakna takut, gerun atau ngeri (haybah). Antara firman Allah Taala yang tersisip kalimah takwa yang membawa makna tersebut ialah:
Dan bertakwalah (takutilah) suatu hari
yang kamu akan dikembalikan kepada Allah. (2 : 281)
- Kedua, bermakna taat. Contohnya seperti yang terdapat dalam firman Allah yang
maksudnya:
Hai sekalian orang yang beriman,
bertakwalah (taatlah) kepada Allah dengan sebenar-benar takwa (taat). (3 : 102)
- Ketiga, mengandungi maksud menyucikan hati daripada dosa. Contohnya dalam firman Allah yang mafhumnya:
Dan sesiapa taat kepada Allah dan
Rasul-Nya, takut kepada Allah dan bertakwa kepada-Nya, maka mereka itulah
orang-orang yang beroleh kemenangan. (24 : 52)
Kalimah "bertakwa" dalam ayat terakhir di atas bukan lagi bermakna taat atau takut kerana kalimah-kalimah "taat" dan "takut" telah disebutkan sebelumnya dalam ayat di atas. Jadi "bertakwa" dalam ayat di atas bermaksud, menyucikan hati daripada dosa. Makna yang ketiga inilah merupakan takrif kepada istilah takwa. Mengikut para ulamak: "Takwa itu ialah menyucikan hati daripada dosa sehingga menguatkan azam untuk meninggalkan dosa dan seterusnya memelihara diri daripada segala maksiat".
Imam al-Ghazali membuat kesimpulan : Bahawa takwa itu ialah menjauhkan setiap apa yang ditakuti akan membawa mudarat kepada agama. Bandingannya ialah berpantang bagi orang yang mengidapi penyakit. Ada pun berpantang daripada melakukan perkara-perkara yang membawa kerosakan kepada agama pula ialah "bertakwa".
Erti taqwa secara ringkas ialah menyucikan hati daripada dosa sehingga menguatkan azam untuk meninggalkan dosa dan seterusnya memelihara diri daripada segala maksiat.
Rabu, 26 Jun 2013
Seminit Boleh Dapat Pahala Besar
Apa yang boleh anda lakukan dalam masa 1 MINIT?
Dalam 1 minit, anda mampu melakukan salah satu daripada perkara-perkara menakjubkan di bawah.
Anda boleh mengkhatamkan al-Quran sebanyak 5 kali dengan membaca Surah al-Ikhlas sebanyak 15 kali.
“Demi Dzat yang menguasai diriku, sesungguhnya nilai surah al-Ikhlas sama dengan sepertiga al-Qur’an.” (HR. al-Bukhari)
Atau
“Hendakkah aku ajar kamu satu surah yang merupakan surah teragung dalam al-Quran? Iaitu ‘Alhamdulillahi rabbi alamîn’. Inilah tujuh surah yang berulang-ulang berserta al-Quran agung yang kau terima.”(HR. al-Bukhari)
Atau
anda boleh berselawat ke atas nabi sebanyak 20 kali, di mana bacaan itu membolehkan anda mendapat selawat dari Allah sebanyak 200 kali.
Atau
anda boleh membaca kalimah “Subhanallah wa bihamdih” sebanyak 100 kali.
“Sesiapa yang berzikir (seperti di atas) sebanyak 100 kali pada setiap hari, berguguranlah dosa-dosanya meskipun sebanyak buih di lautan.” (HR. al-Bukhari dan Muslim)
Atau
anda boleh membaca kalimah “Subhanallah wa bihamdihi, Subhanallah al-azhîm”sebanyak 50 kali.
Rasulullah pernah bersabda, “Dua kalimah yang ringan di lisan dan berat di timbangan, dan dua-duanya disenangi oleh Allah, iaitu kalimah ‘Subhanallah wa bihamdihi, Subhanallah al-azhîm’.” (HR. al-Bukhari dan Muslim)
Atau
anda boleh membaca kalimah “Subhanallah wa bihamdihi ‘adada khalqihi wa ridha nafsihi wa zinata’ arsyihi wa midada kalimâtihi” sebanyak 10 kali.
Atau
anda boleh membaca kalimah “Astaghfirullah al-azhim” sebanyak 70 kali.
“Barangsiapa yang senantiasa beristighfar nescaya Allah akan menjadikan baginya kelapangan dari segala kegundahan yang menderanya, jalan keluar dari segala kesempitan yang dihadapinya dan Allah memberinya rezeki dari arah yang tidak ia sangka-sangka.” (HR. Abu Daud)
Atau
anda boleh membaca kalimah “Lâ ilâha illa Allah wahdahu la syarikalah lahu al-mulk wa lahu al-hamd wa huwa ala kulli syai qadir” sebanyak 20 kali.
“Barang siapa yang membaca kalimah ‘Lâ ilâha illa Allah wahdahu la syarikalah lahu al-mulk wa lahu al-hamd wa huwa ala kulli syai qadir’ sebanyak 10 kali, maka dia seperti seseorang yang telah memerdekakan 4 jiwa dari seorang anak seperti Nabi Ismail. “(HR. al-Bukhari dan Muslim)
Atau
anda boleh membaca kalimah “La haula wa la quwata illa billahi” sebanyak 40 kali.
“Tidakkah kamu ingin aku beritahu tentang harta simpanan di antara harta simpanan yang terdapat di syurga? Bacalah kalimah ‘La haula wa la quwwata illa billahi ‘. ”(HR. al-Bukhari dan Muslim)
Atau
anda boleh membaca sehelai halaman al-Quran.Atau anda boleh membaca 2 helai halaman daripada majalah yang bermanfaat.
Ibnu Qayyim al-Jauzi pernah berkata kepada anaknya, “Ketahuilah wahai anakku, sesungguhnya hari termasuk jam, dan setiap jam termasuk hembusan nafas, dan setiap hembusan nafas adalah bekal. Maka dari itu, berhati-hatilah. Jangan sampai saat menghembuskan nafas tidak melakukan hal-hal yang bermanfaat. Maka pada hari kiamat kamu akan menyaksikan dirimu hanya sebuah tempat yang kosong dan kamu akan menyesal.
Selasa, 25 Jun 2013
Solat Dalam Keadaan Masbuk
Rasulullah s.a.w telah bersabda yang maksudnya:
Apabila dibacakan iqamat sembahyang, janganlah kamu semua
tergesa-gesa pergi untuk menunaikan sembahyang, tetapi hendaklah
berjalan dengan baik dan tertib, hendaklah kamu semua bersifat tenang.
Tunaikanlah sembahyang mengikut rakaat yang kamu sempat mengikuti imam
dan apabila imam memberi salam, maka hendaklah kamu menyempurnakan
mana-mana rakaat yang tertinggal.
Huraian Hadith:
1. Apabila iqamat sembahyang dibacakan, janganlah
kita tergesa-gesa (berlari-lari anak) ke masjid, tetapi hendaklah
berjalan dengan tenang dan sopan.
2. Jika terlambat sedikit, ikutilah sembahyang berjamaah bersama imam dengan mengikut rakaat yang sempat.
3. Hikmah bersifat tenang dan tidak tergopoh-gapah adalah untuk memberi keselesaan semasa sembahyang iaitu agar sembahyang yang dikerjakan tidak dalam keadaan tercungap-cungap sehingga bacaan menjadi tidak sempurna.
4. Semasa mengerjakan sembahyang, kita bukan sahaja dikehendaki mementingkan suasana yang tenang tetapi jiwa dan fizikal juga mesti tenang agar sembahyang dapat dilakukan dengan penuh khusyuk dan tawaddhuk.
Daripada riwayat al-Bukhari & Muslim
Isnin, 24 Jun 2013
Blog Surau TASEGA Terbitan Pertama Jatuh Pada Hari Nisfu Sya’ban 24 Jun, 2013
Nisfu Sya`ban
1. Dari Saidina Ali ra: Baginda
Rasulullah SAW maksudnya:
Apabila datang malam Nisfu Sya’ban
maka beribadahlah di malamnya dan puasalah di siang harinya sesungguhnya Allah
menurunkan rahmatNya dan para Malaikatnya pada malam itu dan berkata siapa yang
minta rezeki ku beri, siapa meminta keselamatan aku pelihara, siapa yang hendak
sesuatu maka akan ku kabulkan sampai terbit fajar.
2. Dari Muaz bin Jabal, bersabda
baginda Rasulullahu SAW maksudnya:
Pada malam Nisfu Sya’ban menurunkan
Allah akan RahmatNya dan para malaikatnya maka mengampuni Allah akan dosa-dosa
hambanya.
Diriwayatkan bahawa pemindahan semua
perkara dari lau mahfuz pada malam Nisfu Sya’ban dan selesai pada malam Lailatul
Qadar di serahkan urusan rezeki pada malaikat Mikail urusan
perang/gempa/bencana pada malaikat Jibril , urusan amal pada Malaikat penghulu
langit dunia dan urusan musibah pada malaikat maut.
3. Daripada Saidatina Aisyah ra
berkata:
Malam Nisfu Sya’ban aku terbagun dan Rasulullah SAW tidak ada di sampingku
maka aku cari dan ternyata baginda ada di pekuburan sambil memandang ke langit
kemudian berkata sungguh Allah menurunkan rahmatNya dan MalaikatNya ke langit
dunia pada malam Nisfu Sya’ban dan mengampuni dosa hambanya
Malam Nisfu Sya’ban aku terbagun dan Rasulullah SAW tidak ada di sampingku maka aku cari dan ternyata baginda ada di pekuburan sambil memandang ke langit kemudian berkata sungguh Allah menurunkan rahmatNya dan MalaikatNya ke langit dunia pada malam Nisfu Sya’ban dan mengampuni dosa hambanya
4. Daripada Saidatina Aisyah ra
berkata:
Rasulullah
SAW berdiri sembahyang dan kemudian sujud sangat lama sehingga aku menyangka
beginda telah wafat. Was – was aku melihat sedemikian maka aku gerak-gerakan
hujung kaki beliau maka bergeraklah. Kemudian aku kembali ke rumah dan
ketika beginda selesai dari sembahyang, Baginda datang dan berkata: ”
tahukah kamu malam apakah ini?
Berkata Saidatina Aisyah ra: Allah dan Rasulnya yang lebih tahu.
Berkata Rasulullah SAW : Malam
ini adalah malam Nisfu Sya’ban sesungguhnya Allah swt memandang dan mengampuni hamba-hambaNya
pada malam ini.
5. Dari Naufal Al Bakali bahawasanya:
Saidina Ali ra keluar rumah pada
malam Nisfu Sya’ban dan memandang kelangit sambil berkata keluar pada malam Nisfu
Sya’ban nabiullah Daud alaihissalam dan memandang kelangit dan berkata ‘Ya
Allah sesungguhnya malam ini adalah malam mustajab do’a tidak berdo’a seseorang
melainkan Engkau kabulkan’
6. Diriwayatkan dari Ka’ab Al Ahbar berkata:
Sesungguhnya
Allah Mengutus malaikat Jibril pada malam Nisfu Sya’ban ke syurga dan
memerintahkan dihiaskan syurga. Allah melepaskan dari api neraka
pada malam ini hambanya sebanyak bilangan bintang di langit, sebilangan hari
dan malam di dunia, sebilangan daun-daun pepohonan, seberat gunung-gunung dan
sebilangan pasir-pasir.
7. Pada malam Nisfu Sya’ban Allah
menambahkan air Zam Zam.
Faedah amalan pada Nisfu
Sya’ban
Disunatkan menghidupkan dan
menghidupkan malam Nisfu Sya’ban dengan beribadah seperti sembahyang sunat
tasbih, Baca Alquran, Berzikir, Selawat, dan Berdoa dengan niat:
1. Panjang umur sihat wal’afiat
dalam taat dan ibadah kepada Allah.
2. Selamat dari pada musibah, bala,
penyakit, wabak penyakit.
3. Minta rezeki yang halal dan kaya
hati dari sekalian makhluk dan mati dalam keadaan husnul khatimah baik
kesudahan.
4. Dan sekurang-kurangnya pada malam
Nisfu Sya’ban beribadah dengan mengerjakan Solat Isyak berjamaah dan Solat
Subuh berjamaah.
Ya Allah,Ya Rahman,Ya Rahim..
Jika Engkau takdirkan panjang usiaku
Tetapkanlah aku di jalanMu
Agar aku istiqamah menjejaki keredhaanMu
Teguh menjalankan perintahMu,tunduk pada ketentuanMu.
Jadikanlah diri ini orang yang selalu menjauhi laranganMu.
Agar tidak sia-sia sisa umurku berlalu…
Amin.
Jika Engkau takdirkan panjang usiaku
Tetapkanlah aku di jalanMu
Agar aku istiqamah menjejaki keredhaanMu
Teguh menjalankan perintahMu,tunduk pada ketentuanMu.
Jadikanlah diri ini orang yang selalu menjauhi laranganMu.
Agar tidak sia-sia sisa umurku berlalu…
Langgan:
Catatan (Atom)






