"Wahai
orang-orang yang beriman, telah diwajibkan ke atas kamu berpuasa sebagaimana
telah diwajibkan ke atas umat-umat sebelum kamu, moga kamu menjadi orang yang TAQWA."
(Al Baqarah: 183)
Matlamat puasa ialah TAQWA.
1. Erti taqwa secara mudah ialah menyucikan hati daripada dosa sehingga menguatkan azam untuk meninggalkan dosa dan seterusnya memelihara diri daripada segala maksiat. Melaksanakan suruhan Allah dan meninggalkan larangan Allah.
2. Taqwa itu berkaitan dengan sikap kepatuhan seseorang terhadap perintah Allah dan RasulNya, baik perintah itu berupa suruhan atau larangan.
3. Secara ringkas orang yang bertaqwa ialah orang yang menjunjung dan patuh kepada semua perintah Allah.
Allah
berfirman maksudnya "Yang paling mulia di antara kamu di sisi Allah ialah
yang paling taqwa." (Al-Hujurat : 13)
4. Menurut Imam al-Ghazali rahimahullah, kalimah taqwa yang terdapat di dalam al-Quran al-Karim membawa tiga makna:
4. Menurut Imam al-Ghazali rahimahullah, kalimah taqwa yang terdapat di dalam al-Quran al-Karim membawa tiga makna:
- Pertama, bermakna takut, gerun atau ngeri (haybah). Antara firman Allah Taala yang tersisip kalimah takwa yang membawa makna tersebut ialah:
Dan bertakwalah (takutilah) suatu hari
yang kamu akan dikembalikan kepada Allah. (2 : 281)
- Kedua, bermakna taat. Contohnya seperti yang terdapat dalam firman Allah yang
maksudnya:
Hai sekalian orang yang beriman,
bertakwalah (taatlah) kepada Allah dengan sebenar-benar takwa (taat). (3 : 102)
- Ketiga, mengandungi maksud menyucikan hati daripada dosa. Contohnya dalam firman Allah yang mafhumnya:
Dan sesiapa taat kepada Allah dan
Rasul-Nya, takut kepada Allah dan bertakwa kepada-Nya, maka mereka itulah
orang-orang yang beroleh kemenangan. (24 : 52)
Kalimah "bertakwa" dalam ayat terakhir di atas bukan lagi bermakna taat atau takut kerana kalimah-kalimah "taat" dan "takut" telah disebutkan sebelumnya dalam ayat di atas. Jadi "bertakwa" dalam ayat di atas bermaksud, menyucikan hati daripada dosa. Makna yang ketiga inilah merupakan takrif kepada istilah takwa. Mengikut para ulamak: "Takwa itu ialah menyucikan hati daripada dosa sehingga menguatkan azam untuk meninggalkan dosa dan seterusnya memelihara diri daripada segala maksiat".
Imam al-Ghazali membuat kesimpulan : Bahawa takwa itu ialah menjauhkan setiap apa yang ditakuti akan membawa mudarat kepada agama. Bandingannya ialah berpantang bagi orang yang mengidapi penyakit. Ada pun berpantang daripada melakukan perkara-perkara yang membawa kerosakan kepada agama pula ialah "bertakwa".
Erti taqwa secara ringkas ialah menyucikan hati daripada dosa sehingga menguatkan azam untuk meninggalkan dosa dan seterusnya memelihara diri daripada segala maksiat.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan